“Mama!
Mari Elham tolong gantungkan sejadah dan telekung mama.” Suara comel Elham yang
berusia 6 tahun mencuit hati Qaisara sehingga membuatkannya tersenyum. Elham
mencapai sejadah dan telekung dari tangan ‘mama’nya.
“Terima
kasih sayang.” Qaisara memegang lembut kepala Elham. Hannan yang berdiri tak
jauh dari situ, senyum manis. Beberapa minit kemudian, Qaisara berdiri bersiap
sedia untuk keluar dari bilik yang dikhaskannya untuk sembahyang berjemaah dan
mengaji bersama Hannan serta anak kecil mereka, Elham.
“Apa
yang Elham nak tanya?” soal Hannan.
“Macam
mana mama dan daddy boleh berkahwin ye?” soalan jujur Elham membuatkan Hannan
dan Qaisara tertawa serentak.
“Mana
Elham tahu pasal kahwin ni?” soal Hannan ingin tahu.
“Pagi
tadi Rayyan cakap hujung minggu ni ada kenduri kahwin kakaknya di rumah. Elham
tanyalah dia, kahwin tu apa. Lepas tu cikgu Sofea cakap kahwin tu macam mama
kahwin dengan daddy. Elham tanya cikgu, macam mana mama dan daddy boleh kahwin.
Cikgu gelak dan suruh Elham balik tanya mama atau daddy.” Sekali lagi Hannan
dan Qaisara tertawa serentak.
“Macam
mana mama dengan daddy boleh kahwin ye...” Qaisara bersuara sambil tersenyum
terkenangkan momen pertama dia dan Hannan bertemu.
8
tahun lalu. 5 Disember 2004. Qaisara duduk bersandar di tepi rak buku yang
terdapat dalam MPH Bookstore, Mid Valley sambil asyik mendengar lagu dari
telefon bimbitnya. Kedua lututnya diangkat tinggi manakala novel ‘Pilot Café’
nukilan Ahadiat Akashah diletakkan di atas pahanya. Selesa menjadikan lantai
berkayu sebagai tempat dia melabuhkan punggung dan tapak kakinya, Qaisara
bagaikan hanyut dalam dunianya sendiri. Rambut hadapannya menutup sisi wajah
kanannya. Manakala bahagian kiri wajahnya jelas terlihat.
Hatinya
bagaikan disentak apabila secara tiba-tiba ‘earphone’ yang melekap di telinga
kirinya dicabut seseorang.
“Maaf,
saya panggil cik banyak kali tadi. Tapi mungkin cik tak dengar.” Anak mata
Qaisara terpaku memandang satu wajah lembut dihadapannya. Punya bentuk wajah
yang maskulin, ditambah dengan pipi yang kelihatan sedikit kehijauan. Jambang
baru dicukur sehari lepas mungkin.
“Saya
check dengan staff MPH tadi, novel yang cik baca tu, novel terakhir di
bookstore ni. Puas saya cari novel ni, kebetulan di sini ada satu. Yang
terakhir pula tu. Macam kurang sopan
pula jika saya minta cik berikan novel tu pada saya.”
Tanpa
sebarang arahan, Qaisara menghulur ‘Pilot Café’ kepada Hannan.
“Seriously?”
Qaisara
angguk bagai burung belatuk.
“Sungguh?”
Qaisara
angguk lagi. Mata Hannan bersinar ceria.
“Thanks
a lot. Sungguh saya rasa bersalah sebenarnya.”
Qaisara
senyum. Cuba mengawal hatinya yang sedikit bergetar.
“Kalau
tak kisah, boleh kita bertukar nombor telefon - ”
Laju
Qaisara mencari-cari pen di dalam beg silangnya. Novel dari tangan Hannan
diambil begitu sahaja sebelum tangannya laju mencoret 10 digit nombor di
bahagian belakang novel tersebut.
Elham
melangut menanti butir perkataan seterusnya dari Qaisara.
“Mama
dengan daddy boleh berkahwin sebab daddy buat mama tak tidur malam teringatkan
daddy.”
****************************************************
“Abang
tutup lampu sekejap ye sayang.” Hannan mengucup ubun Qaisara yang sedang
memeluknya sebelum bingkas bangun dari katil untuk menutup lampu bilik mereka.
Qaisara
terdengar bunyi suis lampu ditutup. Beberapa saat kemudian, Qaisara terasa
pipinya kanannya panas dengan haba tapak tangan kiri Hannan. Qaisara senyum dan
memegang pergelangan tangan Hannan sebelum tapak tangan kirinya dilekapkan di
dada Hannan. Perlahan dia melurutkan tangannya memegang leher Hannan. Beberapa
saat kemudian, tangannya berpindah ke pipi Hannan sambil ibu jarinya menyentuh
dan menyapu lembut bibir Hannan.
“Wajah
ini lah yang Sara selalu rindukan sejak kali pertama Sara tatap wajah ini.”
“Mati-mati
abang ingat Sara bisu tau. Langsung taknak bercakap. Mujurlah bila abang call
nombor Sara, ada suara yang menjawab.” Qaisara gelak kecil.
“Abang
ni. Sara nervous sangat masa tu.”
Diam.
“Sara
rindu sangat nak tengok wajah abang.” Kali ini kedua-dua tapak tangan Sara
dilekapkan di pipi Hannan. Hannan menahan sebak di dadanya. Sepasang mata
Qaisara yang berbentuk ‘almond’, sederhana besar dan beralis tebal tajam direnungnya. Sinar mata
Qaisara jelas kelihatan di sebalik gelap. Mata itu indah sekali pada pandangan
Hannan.
“Terima
kasih abang. Abang setia di sisi Sara walaupun Sara punya kekurangan sekarang.
Tiap kali Sara sedih fikirkan keadaan Sara yang buta ni, rasa syukur punya
abang dan Elham yang melengkapi hidup Sara mengatasi rasa sedih tu.”
“Kalau
macam tu kena bagi Elham adik baru lah, lagilah kurang rasa sedih tu kan?’
usikan Hannan mengundang tawa Qaisara.
“Abang
ni kan. Apa – “
Dua
pasang bibir bertaup. Dua jiwa yang saling melengkapi berdegup pada waktu yang
sama diiringi panas asmara dan cinta sejati.
"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kau berdua. Bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama." ~ Hikayat Merong Mahawangsa.
Xoxo,
Gill
6 comments:
hahahah...jiwang plak rasanya bila baca.romantik2
Pilot Cafe. kebetulan ada aku temukan di kedai buku lewat kelmarin. *senyum*
-AsaSiaga-
hehehe.. gill..terbaik.. saya suka sangat2
♥ aReLaN,
Hehehe. Thanks sudi baca.
Insya-Allah Gill akan buat kesinambungan cerita ni :)
♥ -AsaSiaga-
Gill suka 'Pilot Cafe'.
Penuh dengan perasaan dan kesedaran
*senyum juga*
♥ Boni Kacak,
Thanks sudi baca ya. :)
romantik siutt... kalau lah semua yang tertulis terzahir dalam kehidupan, alangkah, kita cuma perlu menulis dan meluahkan.
♥ ghost writer,
Benar apa yang kau katakan tu. :)
Tapi yang benarnya, ada banyak kisah cinta romantik sebegini dalam kehidupan ini tapi mungkin mereka-mereka diam-diam sendiri melayari bahtera kebahagiaan mereka.
Momen romantis mereka, rahsia mereka :)
Post a Comment