Random Questions about Capoeira

Wednesday, December 05, 2012

Bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama.

Sesudah mencium tangan Hannan, Qaisara melucutkan telekung dipakainya. 

Mama! Mari Elham tolong gantungkan sejadah dan telekung mama.” Suara comel Elham yang berusia 6 tahun mencuit hati Qaisara sehingga membuatkannya tersenyum. Elham mencapai sejadah dan telekung dari tangan ‘mama’nya. 

“Terima kasih sayang.” Qaisara memegang lembut kepala Elham. Hannan yang berdiri tak jauh dari situ, senyum manis. Beberapa minit kemudian, Qaisara berdiri bersiap sedia untuk keluar dari bilik yang dikhaskannya untuk sembahyang berjemaah dan mengaji bersama Hannan serta anak kecil mereka, Elham.

 Mama. Daddy. Elham nak tanya sesuatu boleh?” tiba-tiba Elham datang memeluk pinggul Qaisara. Wajah lembut Qaisara ditenungnya. 

“Apa yang Elham nak tanya?” soal Hannan. 

“Macam mana mama dan daddy boleh berkahwin ye?” soalan jujur Elham membuatkan Hannan dan Qaisara tertawa serentak.  

“Mana Elham tahu pasal kahwin ni?” soal Hannan ingin tahu. 

“Pagi tadi Rayyan cakap hujung minggu ni ada kenduri kahwin kakaknya di rumah. Elham tanyalah dia, kahwin tu apa. Lepas tu cikgu Sofea cakap kahwin tu macam mama kahwin dengan daddy. Elham tanya cikgu, macam mana mama dan daddy boleh kahwin. Cikgu gelak dan suruh Elham balik tanya mama atau daddy.” Sekali lagi Hannan dan Qaisara tertawa serentak. 

“Macam mana mama dengan daddy boleh kahwin ye...” Qaisara bersuara sambil tersenyum terkenangkan momen pertama dia dan Hannan bertemu.  

8 tahun lalu. 5 Disember 2004. Qaisara duduk bersandar di tepi rak buku yang terdapat dalam MPH Bookstore, Mid Valley sambil asyik mendengar lagu dari telefon bimbitnya. Kedua lututnya diangkat tinggi manakala novel ‘Pilot Café’ nukilan Ahadiat Akashah diletakkan di atas pahanya. Selesa menjadikan lantai berkayu sebagai tempat dia melabuhkan punggung dan tapak kakinya, Qaisara bagaikan hanyut dalam dunianya sendiri. Rambut hadapannya menutup sisi wajah kanannya. Manakala bahagian kiri wajahnya jelas terlihat.

Hatinya bagaikan disentak apabila secara tiba-tiba ‘earphone’ yang melekap di telinga kirinya dicabut seseorang. 

“Maaf, saya panggil cik banyak kali tadi. Tapi mungkin cik tak dengar.” Anak mata Qaisara terpaku memandang satu wajah lembut dihadapannya. Punya bentuk wajah yang maskulin, ditambah dengan pipi yang kelihatan sedikit kehijauan. Jambang baru dicukur sehari lepas mungkin. 

“Saya check dengan staff MPH tadi, novel yang cik baca tu, novel terakhir di bookstore ni. Puas saya cari novel ni, kebetulan di sini ada satu. Yang terakhir pula tu.  Macam kurang sopan pula jika saya minta cik berikan novel tu pada saya.” 

Tanpa sebarang arahan, Qaisara menghulur ‘Pilot Café’ kepada Hannan. 

“Seriously?” 

Qaisara angguk bagai burung belatuk. 

“Sungguh?” 

Qaisara angguk lagi. Mata Hannan bersinar ceria. 

“Thanks a lot. Sungguh saya rasa bersalah sebenarnya.” 

Qaisara senyum. Cuba mengawal hatinya yang sedikit bergetar. 

“Kalau tak kisah, boleh kita bertukar nombor telefon - ” 

Laju Qaisara mencari-cari pen di dalam beg silangnya. Novel dari tangan Hannan diambil begitu sahaja sebelum tangannya laju mencoret 10 digit nombor di bahagian belakang novel tersebut. 

Elham melangut menanti butir perkataan seterusnya dari Qaisara. 

Mama dengan daddy boleh berkahwin sebab daddy buat mama tak tidur malam teringatkan daddy.”

****************************************************  

“Abang tutup lampu sekejap ye sayang.” Hannan mengucup ubun Qaisara yang sedang memeluknya sebelum bingkas bangun dari katil untuk menutup lampu bilik mereka.  

Qaisara terdengar bunyi suis lampu ditutup. Beberapa saat kemudian, Qaisara terasa pipinya kanannya panas dengan haba tapak tangan kiri Hannan. Qaisara senyum dan memegang pergelangan tangan Hannan sebelum tapak tangan kirinya dilekapkan di dada Hannan. Perlahan dia melurutkan tangannya memegang leher Hannan. Beberapa saat kemudian, tangannya berpindah ke pipi Hannan sambil ibu jarinya menyentuh dan menyapu lembut bibir Hannan. 

“Wajah ini lah yang Sara selalu rindukan sejak kali pertama Sara tatap wajah ini.” 

“Mati-mati abang ingat Sara bisu tau. Langsung taknak bercakap. Mujurlah bila abang call nombor Sara, ada suara yang menjawab.” Qaisara gelak kecil. 

“Abang ni. Sara nervous sangat masa tu.” 

Diam. 

“Sara rindu sangat nak tengok wajah abang.” Kali ini kedua-dua tapak tangan Sara dilekapkan di pipi Hannan. Hannan menahan sebak di dadanya. Sepasang mata Qaisara yang berbentuk ‘almond’, sederhana besar dan beralis tebal tajam direnungnya. Sinar mata Qaisara jelas kelihatan di sebalik gelap. Mata itu indah sekali pada pandangan Hannan. 

“Terima kasih abang. Abang setia di sisi Sara walaupun Sara punya kekurangan sekarang. Tiap kali Sara sedih fikirkan keadaan Sara yang buta ni, rasa syukur punya abang dan Elham yang melengkapi hidup Sara mengatasi rasa sedih tu.” 

“Kalau macam tu kena bagi Elham adik baru lah, lagilah kurang rasa sedih tu kan?’ usikan Hannan mengundang tawa Qaisara.

“Abang ni kan. Apa – “  

Dua pasang bibir bertaup. Dua jiwa yang saling melengkapi berdegup pada waktu yang sama diiringi panas asmara dan cinta sejati.

"Sampai masa tibanya waktu, redup hati kau berdua. Bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama." ~ Hikayat Merong Mahawangsa.

Xoxo,
Gill
 
 

6 comments:

aReLaN said...

hahahah...jiwang plak rasanya bila baca.romantik2

Sigaret Perisa Kafein said...

Pilot Cafe. kebetulan ada aku temukan di kedai buku lewat kelmarin. *senyum*

-AsaSiaga-

boni kacak said...

hehehe.. gill..terbaik.. saya suka sangat2

Gillette Flores said...

♥ aReLaN,
Hehehe. Thanks sudi baca.
Insya-Allah Gill akan buat kesinambungan cerita ni :)

♥ -AsaSiaga-
Gill suka 'Pilot Cafe'.
Penuh dengan perasaan dan kesedaran
*senyum juga*

♥ Boni Kacak,
Thanks sudi baca ya. :)

ghost said...

romantik siutt... kalau lah semua yang tertulis terzahir dalam kehidupan, alangkah, kita cuma perlu menulis dan meluahkan.

Gillette Flores said...

♥ ghost writer,
Benar apa yang kau katakan tu. :)
Tapi yang benarnya, ada banyak kisah cinta romantik sebegini dalam kehidupan ini tapi mungkin mereka-mereka diam-diam sendiri melayari bahtera kebahagiaan mereka.
Momen romantis mereka, rahsia mereka :)