“Kau
sihat?” si gadis ditenungnya. Sebelum tangannya yang sedikit berurat memegang
dan menyapu lembut rambut lurus panjang si gadis. Si gadis mengangguk kecil.
Hatinya terasa sedikit bergetar. Namun tidaklah merasa gemuruh seperti
sebelum-sebelum ini.
“Kenapa
sudah tak mahu bertemu” Si jejaka memegang dagu si gadis. Bermain-main dagu si
gadis yang sekadar senyum nipis.
Diam.
Si
gadis hanya memandang tepat ke dalam anak mata si jejaka. Mencari-cari di mana
kedudukan si jejaka itu di dalam hatinya sekarang. Setengah tahun lalu, si
jejaka berada dalam satu sudut yang paling istimewa dalam hatinya, namun kini
si gadis mula ragu-ragu adakah ‘ianya’ masih di situ.
Si
jejaka berasa sedikit rindu. Tangan kirinya memegang belakang kepala si gadis sebelum
ditarik rapat ke sisinya. Perlahan dia mengucup lembut dahi si gadis. Kucupan
yang hangat dan menyenangkan.
“Rindu
pula rasanya pada kau.” Jujur dia menutur rasa rindu pada si gadis. Sekali lagi
si gadis mencari-cari kepastian, di mana hatinya yang dicuri si jejaka tersebut
setahun lalu. Rasanya, kini hati itu sudah terletak di dalam ruangan hatinya
sendiri.
Oh!
Hatinya sudah dikembalikan rupanya.
Namun
sejak bila?
Kucupan
dileraikan. Kedua mereka bertentang mata. Si gadis tidak lagi berasa gementar
menatap mata menawan itu. Puas ditelek wajah si jejaka. Baru dia sedar, si
jejaka punya raut wajah yang hampir sempurna. Sekilas si gadis memandang susuk
badan si jejaka. Hampir cukup sempurna juga dengan ketinggian dan susuk yang
agak tegap dan seksi. Ditambah dengan keperibadian yang mampu mencairkan hati
banyak gadis.
Sayangnya
pada si jejaka dulu adalah tulus sehingga menutup kesempurnaan wajah dan
fizikal si jejaka. Yang hanya ada di mata dan hatinya dulu, keperibadian
jejaka yang sering membuatkan dia rindu dan mendambakan jejaka itu di dalam
hatinya.
“Aku
sudah punya kekasih hati.” lancar kata-kata itu diucapkan si jejaka sambil
memandang si gadis. Si gadis senyum sambil mengangguk. Matanya tidak berkelip
memandang si jejaka.
“Ahem!
Aku kini sudah punya kekasih.” Ulang si jejaka sambil merenung dalam ke anak
mata si gadis. Cuba mencari refleksi hati si gadis samada si gadis kecewa,
marah ataupun mahu rasa menangis.
“Ya.
Aku dengar. Baguslah.” Si gadis senyum sambil menongkat dagu. Rasa kecewa sedikit
ada namun, si jejaka tidak lagi disayanginya. Yang tinggal cuma cebisan
kenangan manis. Dan dan yang benarnya, kehatinya sudah terlalu banyak ditoreh, dihiris,
dibawa terbang tinggi ke langit dan dihempas laju jatuh berkecai ke tanah bumi
sehingga kini lunyai dan tak mampu rasa kecewa lagi.
“And she finally stopped playing their song, when she realized she
was dancing alone.”
Xoxo,
Gill
11 comments:
Gill,apakah? sedihnya...bila 2 hati seakan berpecah2 dan berlainan arah...haiiii....
Harap harap kisah semata ya gill.semoga happy je:)
Err..
:(
There's plenty of fishes under the seas... ;)
adakah satu lagi kisah yang bersangkutan dengan hidup awk gill?
♥ puteri jalanan a.k.a annur,
Sedih bukan?
Tapi ianya antara fasa yang ramai di antara kita harus lalui. Setuju? :)
♥ Konspirasi Juruterer,
Arif. Yang benarnya memang rekaan semata-mata :)
Alhamdulillah Gill sentiasa happy :)
♥ Syazwan Che Deraman,
:)
Sedih ya baca kisah ini?
♥ Asrul "iLham" Sany,
Exactly darling. :)
♥ boni kacak,
Yang benarnya cuma kisah rekaan.
Sekadar menambah bilangan entri di Blog Gill ni :)
Gill,annur setuju...bila kita tak dapat menipu diri sendiri,ia akan berlaku...
pasti sedih sekali hati si gadis . mohon dia tabah .
♥ puteri jalanan a.k.a annur,
Benar.
Namun yakinlah Tuhan sentiasa akan berikan yang terbaik untuk kita semua :)
♥ mel,
Gill yakin dia tabah :)
gill,nasib baik gill ckp kisah rekaan. saya baru nak bebel2 sbb lelaki tadi buat gadis mcmtu. dah punya kekasih, kenapa layan gadis mcmtu lagi..?
aduh... ini menyakitkan!!
Post a Comment