Random Questions about Capoeira

Wednesday, December 26, 2012

Finally... she stopped playing their song...

“Kau sihat?” si gadis ditenungnya. Sebelum tangannya yang sedikit berurat memegang dan menyapu lembut rambut lurus panjang si gadis. Si gadis mengangguk kecil. Hatinya terasa sedikit bergetar. Namun tidaklah merasa gemuruh seperti sebelum-sebelum ini. 
“Kenapa sudah tak mahu bertemu” Si jejaka memegang dagu si gadis. Bermain-main dagu si gadis yang sekadar senyum nipis. 
Diam. 
Si gadis hanya memandang tepat ke dalam anak mata si jejaka. Mencari-cari di mana kedudukan si jejaka itu di dalam hatinya sekarang. Setengah tahun lalu, si jejaka berada dalam satu sudut yang paling istimewa dalam hatinya, namun kini si gadis mula ragu-ragu adakah ‘ianya’ masih di situ.
Si jejaka berasa sedikit rindu. Tangan kirinya memegang belakang kepala si gadis sebelum ditarik rapat ke sisinya. Perlahan dia mengucup lembut dahi si gadis. Kucupan yang hangat dan menyenangkan. 
“Rindu pula rasanya pada kau.” Jujur dia menutur rasa rindu pada si gadis. Sekali lagi si gadis mencari-cari kepastian, di mana hatinya yang dicuri si jejaka tersebut setahun lalu. Rasanya, kini hati itu sudah terletak di dalam ruangan hatinya sendiri. 
Oh! Hatinya sudah dikembalikan rupanya.  
Namun sejak bila? 
Kucupan dileraikan. Kedua mereka bertentang mata. Si gadis tidak lagi berasa gementar menatap mata menawan itu. Puas ditelek wajah si jejaka. Baru dia sedar, si jejaka punya raut wajah yang hampir sempurna. Sekilas si gadis memandang susuk badan si jejaka. Hampir cukup sempurna juga dengan ketinggian dan susuk yang agak tegap dan seksi. Ditambah dengan keperibadian yang mampu mencairkan hati banyak gadis.  
Sayangnya pada si jejaka dulu adalah tulus sehingga menutup kesempurnaan wajah dan fizikal si jejaka. Yang hanya ada di mata dan hatinya dulu, keperibadian jejaka yang sering membuatkan dia rindu dan mendambakan jejaka itu di dalam hatinya. 
“Aku sudah punya kekasih hati.” lancar kata-kata itu diucapkan si jejaka sambil memandang si gadis. Si gadis senyum sambil mengangguk. Matanya tidak berkelip memandang si jejaka.
“Ahem! Aku kini sudah punya kekasih.” Ulang si jejaka sambil merenung dalam ke anak mata si gadis. Cuba mencari refleksi hati si gadis samada si gadis kecewa, marah ataupun mahu rasa menangis. 
“Ya. Aku dengar. Baguslah.” Si gadis senyum sambil menongkat dagu. Rasa kecewa sedikit ada namun, si jejaka tidak lagi disayanginya. Yang tinggal cuma cebisan kenangan manis. Dan dan yang benarnya, kehatinya sudah terlalu banyak ditoreh, dihiris, dibawa terbang tinggi ke langit dan dihempas laju jatuh berkecai ke tanah bumi sehingga kini lunyai dan tak mampu rasa kecewa lagi.
 
“And she finally stopped playing their song, when she realized she was dancing alone.”

 
Xoxo,
Gill

11 comments:

puteri jalanan a.k.a annur said...

Gill,apakah? sedihnya...bila 2 hati seakan berpecah2 dan berlainan arah...haiiii....

AdinataGus said...

Harap harap kisah semata ya gill.semoga happy je:)

Syazwan Che Deraman said...

Err..

:(

Asrul "iLham" Sany said...

There's plenty of fishes under the seas... ;)

boni kacak said...

adakah satu lagi kisah yang bersangkutan dengan hidup awk gill?

Gillette Flores said...

♥ puteri jalanan a.k.a annur,
Sedih bukan?
Tapi ianya antara fasa yang ramai di antara kita harus lalui. Setuju? :)

♥ Konspirasi Juruterer,
Arif. Yang benarnya memang rekaan semata-mata :)
Alhamdulillah Gill sentiasa happy :)

♥ Syazwan Che Deraman,
:)
Sedih ya baca kisah ini?

♥ Asrul "iLham" Sany,
Exactly darling. :)

♥ boni kacak,
Yang benarnya cuma kisah rekaan.
Sekadar menambah bilangan entri di Blog Gill ni :)

puteri jalanan a.k.a annur said...

Gill,annur setuju...bila kita tak dapat menipu diri sendiri,ia akan berlaku...

Mia said...

pasti sedih sekali hati si gadis . mohon dia tabah .

Gillette Flores said...

♥ puteri jalanan a.k.a annur,
Benar.
Namun yakinlah Tuhan sentiasa akan berikan yang terbaik untuk kita semua :)

♥ mel,
Gill yakin dia tabah :)

4feet8 said...

gill,nasib baik gill ckp kisah rekaan. saya baru nak bebel2 sbb lelaki tadi buat gadis mcmtu. dah punya kekasih, kenapa layan gadis mcmtu lagi..?

Nong Andy said...

aduh... ini menyakitkan!!