“Mahu.
Cerita apa yang kau mahu kongsikan sekarang?”
“Banyak
yang mahu aku kongsikan. Hmmm… Tapi sekarang, aku mahu berkongsi apa yang aku
rasa.”
“Apa?”
“Aku
rasa sukar mahu bernafas. Aku rasa mahu menjerit menangis. Jika boleh sekuat
hati biar hingga aku rasa lega.”
“Kenapa
kau rasa begitu?”
“Aku
pun tidak tahu puncanya. Padahal semalam aku rasa bahagia dan gembira yang
amat.”
Diam.
“Tapi
hari ini, kepala aku terasa bagaikan mahu pecah. Sakitnya Tuhan saja yang tahu.
Entah kenapa selepas aku terima panggilan dari Kairel Syah pagi tadi aku rasa
begitu.”
“Ah!
Lelaki itu. Ada lagi dia dalam hidup kau. Aku fikir kau sudah lama buang dia
dari fikiran dan hati kau.”
“Selama
ini aku juga fikir begitu. Bahagia benar aku selama ini tanpa fikirkan dia.
Tapi entah kenapa, bila aku terima panggilan dari dia tadi, tak semena-mena
hati aku perlahan-lahan berdenyut dan lama-kelamaan terasa bagaikan mahu
meletup.”
“Aku
sudah lama nasihatkan kau agar jangan fikirkan lagi tentang lelaki yang tak
tahu menghargai cinta kau itu. Kau benar-benar pentingkan diri sendiri.”
“Pentingkan
diri sendiri?”
“Bukankah
kita berkongsi hati yang sama. Jika kau siksa hati kau sebegini, aku turut merasa
sakitnya. Lama benar kau pentingkan diri kau. Langsung tak pernah fikir yang
hati aku turut sama sakit setiap kau rasa sengsara.”
Diam.
“Sejak
kau jatuh cinta pada dia, sedikit demi sedikit hati kau hancur dimamah rasa
kecewa dan sengsara. Kau mahu cinta kau terhadap dia memakan hati kau hingga
tinggal seinci sahaja cebisannya?”
Diam.
“Zalim
benar kau terhadap hati aku. Disebabkan kau, hati kita kini bagai dicincang
pisau tajam. Hancur lumat. Sakit yang amat. Kau tahu bukan?”
“Arrrrgghhh!
Diamlah kau!”
I
wanted to go away with you,
And
I will leave all my troubles here.
I
wanted to run away with you,
And
I will bring all my dreams and fears.
“Kau
terlalu degil. Lepaskan lelaki itu dari hati kau. Dari hidup kau Danisya.”
“Kau
tahu aku sudah cukup mencuba bukan?”
“Aku
tahu. Tapi kadang-kadang kau tak sedar, kau gemar bermain dengan perasaan
senciri. Kau sedar yang kau takkan mampu memiliki dia, namun kau masih
meletakkan secebis harapan dalam hati kau. Jangan berikan banyak alasan dalam hati kau. Sukar mahu mengawal rasa hati kita tapi kita mampu mengawalnya.”
Danisya
mula terasa sebak.
I
wanted to start again with you,
And
I will leave all my worries here.
I
wanted only you.
I
know that I fell for you.
“Kasihanilah
hati aku! Jiwa aku tersiksa jika kau berterusan begini.”
“Diam!”
“Tolonglah
Danisya –“
Prangg!!!
Nafas
Danisya turun naik. Cermin yang tadinya cantik terletak di hadapannya kini
pecah setelah dia membaling pasu bunga berisi bunga segar.
"Like
lullabies you are forever in my mind..." ~Yuna~
Kalisya
menerpa masuk ke bilik Danisya namun langkahnya terbantut apabila tangannya
ditarik Faizal.
“Jangan.
Biarkan dia tenang sendiri dahulu.”
“Tapi
doktor, keadaan Danisya makin teruk.”
“Keadaannya
kembali teruk selepas menerima panggilan daripada Kairel pagi tadi bukan?”
Zalisya
mengeluh kecil. Matanya sayu memandang Danisya yang sedang duduk di sisi katil
menangis teresak-esak sebelum mengalih pandang ke arah mawar putih dan daisi
merah segar yang ditukarnya pagi tadi. Hampir setiap hari dia meletakkan bunga
segar di bilik Danisya kerana dia tahu adiknya itu gemarkan bunga.
“Beri
dia masa. Beberapa hari mungkin, untuk dia kembali tenangkan hatinya. Luka di
hatinya kembali berdarah. Pastikan Kairel tidak menghubungi lagi. Danisya
patutnya sudah hampir pulih.”
Kalisya
menekup mukanya sebelum menangis teresak-esak.
“Kak
Lisya, kenapa akak menangis? Nisya buat akak menangis lagi ya?” Tiba-tiba
kedengaran suara lembut Danisya yang berjalan mendekati Kalisya dan Faizal.
Perlahan
Kalisya mengalih tangannya dari wajahnya. Pipi Danisya dipegangnya.
“Tak
sayang. Kakak menangis sebab akak sedihkan benda lain.”
“Maaf
ya kakak. Nisya janji tak buat akak menangis lagi.” dapat dia lihat kesengsaraan
di sebalik redup mata Danisya dam ianya hampir membunuh hatinya. Kalisya
menarik Danisya ke dalam pelukannya.
“Kakak.
Tadi Nisya baling pasu bunga pada kawan Nisya. Sekarang dia dah hilang. Akak
rasa dia marahkan Nisya ke? Dia akan datang balik tak nanti?”
Esakan
Kalisya makin menjadi-jadi.
“Dia
akan datang balik sayang. Petang ni dia akan datang lagi.”
“Tadi
Nisya bertengkar dengan dia. Tapi Nisya rasa betullah apa yang dia cakapkan.
Akak minta dia datang teman Nisya balik ya?”
“Baik
sayang. Tapi Nisya kena janji, kena dengar cakap dia ya?”
“Nisya
janji akak. Nisya janji, Nisya takkan pentingkan diri sendiri lagi. Nisya janji
takkan sakitkan atau lukakan hati dia lagi akak.”
Kalisya
mengusap lembut rambut Danisya yang berada dalam dakapannya. Kalisya mengerling
ke arah Faizal.
“Biarkan
dia hidup dan bahagia dalam dunianya sendiri sementara waktu. Hatinya dan
mentalitinya belum bersedia mahu hidup di dunia realiti sebelum ini. Biar
hatinya pulih dahulu sebelum dia keluar dari kepompong dunianya sekarang. Kalau
tidak mentalitinya menjadi semakin teruk. Dia jauh lebih bahagia dalam dunianya
sendiri sekarang.”
Bagaikan
irama musik, awan memuntahkan hujan dan menghasilkan irama yang tenang pada pendengaran
Danisya. Bau hujan membuai fikirannya berjalan ke alam mimpi. Rasa sejuk
menggigit seluruh badannya. Danisya menjejak kaki ke alam angan-angan,
membayangkannya tidur di dalam pelukan Kairel Syah sebelum mengukir senyum
dalam lena.
Forever
in my mind.
I
see you in all,
The
pieces in my life.
Though
you weren't mine…
Xoxo,
Gill
6 comments:
bersmbunggg . kan :) haha
wuuu mantap
wak pon dh lama x baca novel jugakkk.. ahHKs
hidup dalam dunia dan fantasi sendiri... :)
fasa patah hati yang menyakitkan.
harap-harap Danisya itu akan 'kembali' lebih kuat dari dunia 'fantasi'nya nanti.
nice one Gil :D
-Nico Robin-
off white outlet
curry shoes
supreme new york
off white outlet
off white hoodie
supreme
supreme outlet
off white
jordan retro
kobe shoes
Post a Comment