Random Questions about Capoeira

Monday, December 17, 2012

Like lullabies you are forever in my mind…

“Aku punya banyak cerita. Kau mahu aku kongsikan sama kau?” 

“Mahu. Cerita apa yang kau mahu kongsikan sekarang?”

“Banyak yang mahu aku kongsikan. Hmmm… Tapi sekarang, aku mahu berkongsi apa yang aku rasa.” 

“Apa?” 

“Aku rasa sukar mahu bernafas. Aku rasa mahu menjerit menangis. Jika boleh sekuat hati biar hingga aku rasa lega.” 

“Kenapa kau rasa begitu?” 

“Aku pun tidak tahu puncanya. Padahal semalam aku rasa bahagia dan gembira yang amat.” 

Diam. 

“Tapi hari ini, kepala aku terasa bagaikan mahu pecah. Sakitnya Tuhan saja yang tahu. Entah kenapa selepas aku terima panggilan dari Kairel Syah pagi tadi aku rasa begitu.” 

“Ah! Lelaki itu. Ada lagi dia dalam hidup kau. Aku fikir kau sudah lama buang dia dari fikiran dan hati kau.” 

“Selama ini aku juga fikir begitu. Bahagia benar aku selama ini tanpa fikirkan dia. Tapi entah kenapa, bila aku terima panggilan dari dia tadi, tak semena-mena hati aku perlahan-lahan berdenyut dan lama-kelamaan terasa bagaikan mahu meletup.” 

“Aku sudah lama nasihatkan kau agar jangan fikirkan lagi tentang lelaki yang tak tahu menghargai cinta kau itu. Kau benar-benar pentingkan diri sendiri.” 

“Pentingkan diri sendiri?” 

“Bukankah kita berkongsi hati yang sama. Jika kau siksa hati kau sebegini, aku turut merasa sakitnya. Lama benar kau pentingkan diri kau. Langsung tak pernah fikir yang hati aku turut sama sakit setiap kau rasa sengsara.”

Diam. 

“Sejak kau jatuh cinta pada dia, sedikit demi sedikit hati kau hancur dimamah rasa kecewa dan sengsara. Kau mahu cinta kau terhadap dia memakan hati kau hingga tinggal seinci sahaja cebisannya?” 

Diam. 

“Zalim benar kau terhadap hati aku. Disebabkan kau, hati kita kini bagai dicincang pisau tajam. Hancur lumat. Sakit yang amat. Kau tahu bukan?” 

“Arrrrgghhh! Diamlah kau!” 

I wanted to go away with you,
And I will leave all my troubles here.
I wanted to run away with you,
And I will bring all my dreams and fears. 

“Kau terlalu degil. Lepaskan lelaki itu dari hati kau. Dari hidup kau Danisya.” 

“Kau tahu aku sudah cukup mencuba bukan?” 

“Aku tahu. Tapi kadang-kadang kau tak sedar, kau gemar bermain dengan perasaan senciri. Kau sedar yang kau takkan mampu memiliki dia, namun kau masih meletakkan secebis harapan dalam hati kau. Jangan berikan banyak alasan dalam hati kau. Sukar mahu mengawal rasa hati kita tapi kita mampu mengawalnya.” 

Danisya mula terasa sebak. 

I wanted to start again with you,
And I will leave all my worries here.
I wanted only you.
I know that I fell for you. 

“Kasihanilah hati aku! Jiwa aku tersiksa jika kau berterusan begini.” 

“Diam!” 

“Tolonglah Danisya –“ 

Prangg!!! 

Nafas Danisya turun naik. Cermin yang tadinya cantik terletak di hadapannya kini pecah setelah dia membaling pasu bunga berisi bunga segar. 

"Like lullabies you are forever in my mind..." ~Yuna~

Kalisya menerpa masuk ke bilik Danisya namun langkahnya terbantut apabila tangannya ditarik Faizal. 

“Jangan. Biarkan dia tenang sendiri dahulu.” 

“Tapi doktor, keadaan Danisya makin teruk.” 

“Keadaannya kembali teruk selepas menerima panggilan daripada Kairel pagi tadi bukan?” 

Zalisya mengeluh kecil. Matanya sayu memandang Danisya yang sedang duduk di sisi katil menangis teresak-esak sebelum mengalih pandang ke arah mawar putih dan daisi merah segar yang ditukarnya pagi tadi. Hampir setiap hari dia meletakkan bunga segar di bilik Danisya kerana dia tahu adiknya itu gemarkan bunga. 

“Beri dia masa. Beberapa hari mungkin, untuk dia kembali tenangkan hatinya. Luka di hatinya kembali berdarah. Pastikan Kairel tidak menghubungi lagi. Danisya patutnya sudah hampir pulih.”
 
Kalisya menekup mukanya sebelum menangis teresak-esak. 

“Kak Lisya, kenapa akak menangis? Nisya buat akak menangis lagi ya?” Tiba-tiba kedengaran suara lembut Danisya yang berjalan mendekati Kalisya dan Faizal.

Perlahan Kalisya mengalih tangannya dari wajahnya. Pipi Danisya dipegangnya. 

“Tak sayang. Kakak menangis sebab akak sedihkan benda lain.” 

“Maaf ya kakak. Nisya janji tak buat akak menangis lagi.” dapat dia lihat kesengsaraan di sebalik redup mata Danisya dam ianya hampir membunuh hatinya. Kalisya menarik Danisya ke dalam pelukannya. 

“Kakak. Tadi Nisya baling pasu bunga pada kawan Nisya. Sekarang dia dah hilang. Akak rasa dia marahkan Nisya ke? Dia akan datang balik tak nanti?”

Esakan Kalisya makin menjadi-jadi. 

“Dia akan datang balik sayang. Petang ni dia akan datang lagi.” 

“Tadi Nisya bertengkar dengan dia. Tapi Nisya rasa betullah apa yang dia cakapkan. Akak minta dia datang teman Nisya balik ya?” 

“Baik sayang. Tapi Nisya kena janji, kena dengar cakap dia ya?” 

“Nisya janji akak. Nisya janji, Nisya takkan pentingkan diri sendiri lagi. Nisya janji takkan sakitkan atau lukakan hati dia lagi akak.”

Kalisya mengusap lembut rambut Danisya yang berada dalam dakapannya. Kalisya mengerling ke arah Faizal. 

“Biarkan dia hidup dan bahagia dalam dunianya sendiri sementara waktu. Hatinya dan mentalitinya belum bersedia mahu hidup di dunia realiti sebelum ini. Biar hatinya pulih dahulu sebelum dia keluar dari kepompong dunianya sekarang. Kalau tidak mentalitinya menjadi semakin teruk. Dia jauh lebih bahagia dalam dunianya sendiri sekarang.” 

Bagaikan irama musik, awan memuntahkan hujan dan menghasilkan irama yang tenang pada pendengaran Danisya. Bau hujan membuai fikirannya berjalan ke alam mimpi. Rasa sejuk menggigit seluruh badannya. Danisya menjejak kaki ke alam angan-angan, membayangkannya tidur di dalam pelukan Kairel Syah sebelum mengukir senyum dalam lena. 
 
 
Like lullabies you are,
Forever in my mind.
I see you in all,
The pieces in my life.
Though you weren't mine…
 
 
Xoxo,
Gill
 

6 comments:

iAmCekbolat said...

bersmbunggg . kan :) haha

AdinataGus said...

wuuu mantap

wakgelas said...

wak pon dh lama x baca novel jugakkk.. ahHKs

boni kacak said...

hidup dalam dunia dan fantasi sendiri... :)

Skull Writers said...

fasa patah hati yang menyakitkan.

harap-harap Danisya itu akan 'kembali' lebih kuat dari dunia 'fantasi'nya nanti.


nice one Gil :D



-Nico Robin-

Anonymous said...

off white outlet
curry shoes
supreme new york
off white outlet
off white hoodie
supreme
supreme outlet
off white
jordan retro
kobe shoes