Kairel Syah.
So
close no matter how far
Couldn't
be much more from the heart
Forever
trusting who we are
And
nothing else matters
Danisya
rindukan lelaki itu. Dia rindukan suara lelaki itu. Dia rindukan saat-saat
rambutnya dibelai lelaki itu. Dia rindu momen pipinya dicubit nakal lelaki itu.
Juga rindukan momen Kairel Syah memetik gitar dan menyanyikan lagu untuknya.
Sungguh merdu, asyik dan terasa tenang hatinya tiap kali Kairel Syah membuai
halwa telinganya dengan melodi dan suara yang tak pernah sumbang.
Danisya
mengeluarkan telefon bimbitnya keluar dari poket seluar. Lama skrin telefon
bimbitnya ditenung. Mahu saja jarinya mencari nama Kairel Syah dalam senarai
nama di dalam telefon bimbit itu namun fikirannya menghasut hatinya agar jangan
meneruskan niat itu.
Never
opened myself this way
Life
is ours, we live it our way
All
these words I don't just say
And
nothing else matters
Beberapa
minit dia berfikir, cuba meneka-neka bagaimana reaksi Kairel jika dia
menghubunginya. Minit ke 9 berfikir, fikiran separuh sedarnya memberi arahan
kepada jarinya untuk mendail nombor telefon Kairel.
Hatinya
terasa berdebar saat deringan telefon kedengaran di cuping telinganya. Makin
lama, makin kuat terasa debaran itu.
"Hello."
Tuttttt...
Laju
jarinya menekan butang 'end call'. Danisya berdiri kaku. Terasa bodoh sendiri.
Angin
lembut datang menyapu wajahnya. Mengerbangkan rambut ikal mayangnya yang hitam
pekat dan panjang mengurai. Rintik hujan ke wajah bujur sirihnya menyedarkannya
dari lamunan. Perlahan kakinya melangkah ke tempat berlindung dari hujan. Hujan
semakin laju turun. Namun langkah kakinya, kontra dengan kelajuan hujan, lambat
sekali.
Telefon
bimbitnya bergetar. Nama Kairel Syah terpapar di skrin. Sengaja panggilan itu
dijawab dalam hujan lebat.
"Sorry
Kairel! Nisya call tadi, tapi hujan tiba-tiba turun lebat! Nanti Nisya call
balik! Bye!" Suaranya separuh menjerit cuba berlawan dengan suara kuat
hujan.
Fikirannya
sudah ditetapkan yang dia takkan menghubungi Kairel lagi. Cukuplah rasa siksa
selama ini yang tak dapat memiliki lelaki itu. Lelaki yang sering mencairkan
hati banyak wanita namun kelebihan itu disalah gunakannya untuk menjadikan
wanita sebagai peneman sunyinya.
Trust
I seek and I find in you
Every
day for us something new
Open
mind for a different view
And
nothing else matters
Hujan
makin lebat. Kali ini Danisya melajukan langkah kakinya dan tanpa diduga, tumit
kasutnya terpelecok ke dalam satu lopak kecil. Badannya terdorong ke kiri dan
Danisya dapat merasakan dia akan terjatuh kerana dia tidak punya sebarang objek
untuk berpaut.
Namun
dugaannya salah. Tangan kirinya tiba-tiba direntap sehingga mendorong badannya
berdiri tegak semula. Seorang jejaka berwajah tampan ala-ala Harun Salim Bachik
berdiri tegak di hadapannya. Hatinya berdegup kencang. Bertambah kencang
tatkala terpandang bulu dada pelanduk dua serupa Harun Salim Bachik itu
seakan-akan bulu dada mamak roti canai seberang rumahnya. Matanya bersinar
ceria tatkala jejaka tersebut sengih sehingga menampakkan dua batang gigi emasnya
yang bersinar.
Ah!
Hindustan sungguh imaginasi kau kali ini Gill.
Cerita
di sebalik cerita.
♥ Danisya mencintai rakannya Kairel, hampir 2
tahun tanpa pengetahuan Kairel. Namun tanpa sedar, Kairel sering melayan
Danisya tak jauh seperti melayan kekasih hati walaupun dia menganggap Danisya
hanya sebagai kawan.
♥ Kairel Syah seorang lelaki yang mampu
mencairkan hati banyak gadis dan sering bertukar pasangan.
♥ Danisya lama tak menghubungi Kairel kerana
pernah satu tika, dia cuba meluahkan isi hatinya, Kairel bertindak mula
menjauhkan dirinya dari Danisya.
♥ Namun, rasa cinta itu masih ada dalam hati
Danisya. Dan kini Danisya cuba tak mahu memperbodohkan dirinya lagi. Hatinya
dikuatkan untuk memadam Kairel Syah dari kotak fikirannya dan membuang jauh
lelaki itu dari hatinya.
♥ Pelanduk dua serupa Harun Salim Bachik,
berbulu dada tebal seperti mamak roti canai, dan mempunyai 2 butir gigi emas
bersinar. Siapa berminat untuk jadikan calon suami, sila angkat tangan.
Empty
what is full. Fill what is empty. And scratch where it itches.
7 comments:
bes cara kau cerita.. jika zarith tertakdir utk kau, dia pasti kembali. doakan saja kebahagiaan utknya.. ;)
dan ini salah satu daripada kisah yang mempunyai maksud tersirat kan? hehe :)
Cerita ini bawa aku terbang melayang.
Hi, interesting posting. Just live your life as how you want it to be, to live life with no excuses, to love with no regrets.
You have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.
♥ 4feet8,
Selalunya cerita yang spontaneous lebih menarik kan? Gill tulis cerita ini waktu sedang duduk menanti kawan :)
, Terima kasi atas doa kau tu tapi Gill dah putus harapan.
*kenyit mata*
♥ Boni Kacak,
Tersirat dan tersurat. :)
♥ Felly Sophia,
Tapi tak sehebat cerita kau yang sering buat Gill terbang melayang dan berada di awang-awangan seketika
:)
♥ Uncle Lee,
Thanks uncle. :)
There's always a songs keep on playing in heart. Always.
How do I live without music uncle. :)
You too Uncle.
rumahhhh baru..
sorry Na baru pasan MAAF KAN NA ;))
baca entry ni jd khayal ;)
dan Na da jatuh hati kat asyraf BOLE?
haha
jordan shoes
off white outlet
alexander mcqueen outlet
jordan 4
yeezy outlet
golden goose sale
yeezy boost 350
kd shoes
kyrie 7
jordans
Post a Comment