Random Questions about Capoeira

Thursday, December 06, 2012

Nothing Else Matters

Danisya berjalan perlahan menuju ke salah satu barisan kerusi yang terdapat di tepi tasik Tititwangsa. Fikirannya terasa kosong - namun ada sesuatu yang merangkak perlahan cuba menguasai saraf fikirannya.

Kairel Syah.

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters 

Danisya rindukan lelaki itu. Dia rindukan suara lelaki itu. Dia rindukan saat-saat rambutnya dibelai lelaki itu. Dia rindu momen pipinya dicubit nakal lelaki itu. Juga rindukan momen Kairel Syah memetik gitar dan menyanyikan lagu untuknya. Sungguh merdu, asyik dan terasa tenang hatinya tiap kali Kairel Syah membuai halwa telinganya dengan melodi dan suara yang tak pernah sumbang. 

Danisya mengeluarkan telefon bimbitnya keluar dari poket seluar. Lama skrin telefon bimbitnya ditenung. Mahu saja jarinya mencari nama Kairel Syah dalam senarai nama di dalam telefon bimbit itu namun fikirannya menghasut hatinya agar jangan meneruskan niat itu. 

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters 

Beberapa minit dia berfikir, cuba meneka-neka bagaimana reaksi Kairel jika dia menghubunginya. Minit ke 9 berfikir, fikiran separuh sedarnya memberi arahan kepada jarinya untuk mendail nombor telefon Kairel.  

Hatinya terasa berdebar saat deringan telefon kedengaran di cuping telinganya. Makin lama, makin kuat terasa debaran itu.  

"Hello."
 
Tuttttt... 

Laju jarinya menekan butang 'end call'. Danisya berdiri kaku. Terasa bodoh sendiri. 

Angin lembut datang menyapu wajahnya. Mengerbangkan rambut ikal mayangnya yang hitam pekat dan panjang mengurai. Rintik hujan ke wajah bujur sirihnya menyedarkannya dari lamunan. Perlahan kakinya melangkah ke tempat berlindung dari hujan. Hujan semakin laju turun. Namun langkah kakinya, kontra dengan kelajuan hujan, lambat sekali. 

Telefon bimbitnya bergetar. Nama Kairel Syah terpapar di skrin. Sengaja panggilan itu dijawab dalam hujan lebat. 

"Sorry Kairel! Nisya call tadi, tapi hujan tiba-tiba turun lebat! Nanti Nisya call balik! Bye!" Suaranya separuh menjerit cuba berlawan dengan suara kuat hujan. 

Fikirannya sudah ditetapkan yang dia takkan menghubungi Kairel lagi. Cukuplah rasa siksa selama ini yang tak dapat memiliki lelaki itu. Lelaki yang sering mencairkan hati banyak wanita namun kelebihan itu disalah gunakannya untuk menjadikan wanita sebagai peneman sunyinya. 

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters 

Hujan makin lebat. Kali ini Danisya melajukan langkah kakinya dan tanpa diduga, tumit kasutnya terpelecok ke dalam satu lopak kecil. Badannya terdorong ke kiri dan Danisya dapat merasakan dia akan terjatuh kerana dia tidak punya sebarang objek untuk berpaut. 

Namun dugaannya salah. Tangan kirinya tiba-tiba direntap sehingga mendorong badannya berdiri tegak semula. Seorang jejaka berwajah tampan ala-ala Harun Salim Bachik berdiri tegak di hadapannya. Hatinya berdegup kencang. Bertambah kencang tatkala terpandang bulu dada pelanduk dua serupa Harun Salim Bachik itu seakan-akan bulu dada mamak roti canai seberang rumahnya. Matanya bersinar ceria tatkala jejaka tersebut sengih sehingga menampakkan dua batang gigi emasnya yang bersinar. 

Ah! Hindustan sungguh imaginasi kau kali ini Gill. 

Cerita di sebalik cerita. 

  Danisya mencintai rakannya Kairel, hampir 2 tahun tanpa pengetahuan Kairel. Namun tanpa sedar, Kairel sering melayan Danisya tak jauh seperti melayan kekasih hati walaupun dia menganggap Danisya hanya sebagai kawan.
 
  Kairel Syah seorang lelaki yang mampu mencairkan hati banyak gadis dan sering bertukar pasangan.
 
  Danisya lama tak menghubungi Kairel kerana pernah satu tika, dia cuba meluahkan isi hatinya, Kairel bertindak mula menjauhkan dirinya dari Danisya.
 
  Namun, rasa cinta itu masih ada dalam hati Danisya. Dan kini Danisya cuba tak mahu memperbodohkan dirinya lagi. Hatinya dikuatkan untuk memadam Kairel Syah dari kotak fikirannya dan membuang jauh lelaki itu dari hatinya.

  Pelanduk dua serupa Harun Salim Bachik, berbulu dada tebal seperti mamak roti canai, dan mempunyai 2 butir gigi emas bersinar. Siapa berminat untuk jadikan calon suami, sila angkat tangan. 

Empty what is full. Fill what is empty. And scratch where it itches. 

“Nothing Else Matters” ~ Metallica

Xoxo,
Gill
 

7 comments:

4feet8 said...

bes cara kau cerita.. jika zarith tertakdir utk kau, dia pasti kembali. doakan saja kebahagiaan utknya.. ;)

boni kacak said...

dan ini salah satu daripada kisah yang mempunyai maksud tersirat kan? hehe :)

Felly Sophia said...

Cerita ini bawa aku terbang melayang.

Lee said...

Hi, interesting posting. Just live your life as how you want it to be, to live life with no excuses, to love with no regrets.

You have a nice day, and keep a song in your heart.
Lee.

Gillette Flores said...

♥ 4feet8,
Selalunya cerita yang spontaneous lebih menarik kan? Gill tulis cerita ini waktu sedang duduk menanti kawan :)
, Terima kasi atas doa kau tu tapi Gill dah putus harapan.

*kenyit mata*

♥ Boni Kacak,
Tersirat dan tersurat. :)

♥ Felly Sophia,
Tapi tak sehebat cerita kau yang sering buat Gill terbang melayang dan berada di awang-awangan seketika

:)

♥ Uncle Lee,
Thanks uncle. :)
There's always a songs keep on playing in heart. Always.
How do I live without music uncle. :)

You too Uncle.

Jna marcello said...

rumahhhh baru..
sorry Na baru pasan MAAF KAN NA ;))

baca entry ni jd khayal ;)
dan Na da jatuh hati kat asyraf BOLE?
haha

Anonymous said...

jordan shoes
off white outlet
alexander mcqueen outlet
jordan 4
yeezy outlet
golden goose sale
yeezy boost 350
kd shoes
kyrie 7
jordans