Random Questions about Capoeira

Monday, December 03, 2012

Tapi Bukan Aku

“Aku selalu dengar, cinta itu buta. Entah macam mana wujudnya pepatah tu.”
“Kenapa kau tiba-tiba berbicara tentang ni? Gadis bertuah mana yang telah berjaya mencuit hati kau?” soal Aurora sambil kedua tangannya memegang DSLR kesayangannya, sambil mata kanannya dikecilkan di sebalik lensa cuba mencari sudut yang terbaik untuk simpanan memori DSLR tersebut.
 
Klik!
 
Aurora memerhati skrin DSLR nya sebelum senyum puas dengan hasilnya. Benjamin menjeling sedikit gambar sepasang kekasih yang berjalan dari jauh berpegangan tangan sedang bergelak ketawa. Satu momen yang indah dan gambar yang terhasil, tampak menarik. Benjamin masak benar dengan minat Aurora yang gemarkan gambar kandid.
 
“Sungguh kau rasa gadis itu bertuah?” Benjamin bermain-main dengan tali gitar kesayangannya sambil memandang kakinya yang sedang berjuntai.
 
“Yeap!” serentak Benjamin memandang ke arah Aurora yang sedang tersengih hingga menampakkan lesung pipit kirinya. Hati Benjamin senyum melihat wajah manis itu.
 
“Kau tak rasa kau banyak menyiksa diri kau selama ni?” soalan Benjamin yang tak diduga itu membuatkan Aurora tersentak.
 
“Maksud kau?”
 
“Aku sedar selama ni kau cukup admire dengan Aaron. Tapi, kau sedar kan Aaron cukup sayangkan kekasih dia?”
 
“Aku tahu. Jadi?”
 
“Jadi, aku hairan – kenapa kau masih menyimpan perasaan pada Aaron.”
 
“Aku bukan simpan perasaan pada dia. Aku cuma admire Aaron. Kagum dengan cara dia menjaga hubungannya dengan Maria. Kagum dengan cara dia menyintai Maria. Kau sedar kan, kadang-kadang dia bagaikan mahu satu dunia tahu hanya Maria dalam hati dia. Dan Aaron sendiri, lelaki yang baik, punya wajah yang agak tampan, susuk badan yang menarik, kerjaya yang stabil – bagai tak ada kurangnya Aaron tu.” Aurora senyum manis terbayangkan Aaron. Kali ini hati Benjamin terasa sakit melihat senyum itu. Dia dapat membaca hati dan fikiran Aurora saat itu.
 
Permainan hati. Aurora tak mahu mengaku yang dia tidak menyimpan perasaan terhadap Aaron, namun jauh di sudut hatinya, dia pernah berangan mahu menjadi kekasih Aaron biarlah sehari sahaja asal dapat merasa bagaimana dicintai lelaki itu.
 
Benjamin pula, takut mahu berterus-terang kepada Aurora yang selama ini dia menyimpan perasaan perasaan terhadap gadis itu. Merasa dirinya tidak setanding Aaron dan menunggu waktu Aurora melepaskan Aaron dari hatinya.
 
Jauh Benjamin termenung dan tanpa sedar, Aurora mengabadikan gambar Benjamin dalam memori DSLRnya.
 
 
******************************************************************************************************
 
“Aurora. Kau sedar tak, selama ni sebenarnya kau semangat aku.”
 
“Huh?”
 
“Kau tak pernah sedar.” Benjamin senyum sendiri di hujung talian telefon.
 
“Aku dah penat Aurora. Aku dah penat menunggu kau.”
 
“Apa kau cakap ni Benjamin.” Aurora mengerut keningnya. Berasa keliru dengan sikap Benjamin.
 
“Aku mahu nyanyikan satu lagu untuk kau. Dengar ya.” Benjamin yang sejak dari awal memakai ‘headphone’ dan memegang gitarnya, menarik lembut nafasnya. Jari jemari tangan kanannya digerakkan sehingga ibu jarinya, jari telunjuk serta jari hantunya bersentuhan. Beberapa saat kemudian, tali gitarnya mula menghasilkan musik diikuti melodi lembut.
 
Jangan lagi kau sesali keputusanku
Ku tak ingin kau semakin kan terluka
Tak ingin ku paksakan cinta ini
Meski tiada sanggup untuk kau terima
 
Aku memang manusia paling berdosa
Khianati rasa demi keinginan semu
Lebih baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
Karena takkan pernah kau temui, cinta sejati
 
Berakhirlah sudah semua kisah ini
Dan jangan kau tangisi lagi
Sekalipun aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta kata maaf terasa kan percuma
Sebab rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
 
Semoga saja kan kau dapati
Hati yg tulus mencintaimu
Tapi bukan aku
 
Diam.
 
Selalunya Aurora akan bertepuk tangan setiap kali Benjamin mendendangkan lagu serta bermain gitar untuknya.
Namun kali ini dia berasa kekok.
 
“Aurora. Aku dah penat menunggu kau. Kau hidup dengan baik ya selepas ni. Jaga diri.”
 
Tuttttt…
 
Talian terputus.
 
Aurora kaku memegang telefon bimbitnya.
 
Selepas 4 tahun 60 hari.
 
Aurora menatap gambar Benjamin pada kali terakhir mereka meluangkan masa bersama.
 
“Bodoh betul kau Benjamin. Kenapa tak mahu katakan saja kau mencintai aku sebelum ini. Hati aku ada saja untuk kau.”

9 comments:

boni kacak said...

hmm... saya suka cerpen ni... sangat menyedihkan... awak, awak ada bakat menulis cerita cinta.. saya suka sangat.. mohon ada lagi cerita macam ni.. tapi jangan terlalu panjang.. saya suka baca kisah cinta simple macam ni..tapi melekat dalam hati saya... dan... jujurnya, saya pernah menjadi seperti benjamin..

Gillette Flores said...

Thanks Boni.
Insya-Allah nanti saya akan byk menulis entri macam ni ya? :)

Thanks for reading.
Benjamin, jadi di mana Aurora sekarang? :)

Asyraf_Crescent said...

ada bakat terpendam rupanya...hehe...good job...hehe...

ajax85 said...

Ni blh bt novel dan blh jual ni..hehe

Gillette Flores said...

♥ crescent,
Takdelah berbakat sangat.
Sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran.
Thanks awak :)

♥ man,
Jauh benar mahu ke tahap buat novel dan jual ni :)
Thanks for reading Man :)

Asrul "iLham" Sany said...

benjamin ni bebal tp comel hahaha

محمد رازيق said...

cerita cinta ini menarik. terbaik. dan ia melekat di hatiku.

Gillette Flores said...

♥ Asrul "iLham" Sany,
Benar dia bebal. Dan benar dia comel :)
Itu yang buatkan Aurora rindukan Benjamin sekarang :)

♥ محمد رازيق,
Terima kasih kerana sudi baca ya. :)

Unknown said...

simple dan padat...
amar suka...nice...
memang terbaek...
macam minum indocafe hehehe..
(jangan minum nescafe,tengah boikot nie hehehe)