“Kenapa
kau tiba-tiba berbicara tentang ni? Gadis bertuah mana yang telah berjaya
mencuit hati kau?” soal Aurora sambil kedua tangannya memegang DSLR
kesayangannya, sambil mata kanannya dikecilkan di sebalik lensa cuba mencari
sudut yang terbaik untuk simpanan memori DSLR tersebut.
Klik!
Aurora
memerhati skrin DSLR nya sebelum senyum puas dengan hasilnya. Benjamin
menjeling sedikit gambar sepasang kekasih yang berjalan dari jauh berpegangan
tangan sedang bergelak ketawa. Satu momen yang indah dan gambar yang terhasil,
tampak menarik. Benjamin masak benar dengan minat Aurora yang gemarkan gambar
kandid.
“Sungguh
kau rasa gadis itu bertuah?” Benjamin bermain-main dengan tali gitar
kesayangannya sambil memandang kakinya yang sedang berjuntai.
“Yeap!”
serentak Benjamin memandang ke arah Aurora yang sedang tersengih hingga
menampakkan lesung pipit kirinya. Hati Benjamin senyum melihat wajah manis itu.
“Kau
tak rasa kau banyak menyiksa diri kau selama ni?” soalan Benjamin yang tak
diduga itu membuatkan Aurora tersentak.
“Maksud
kau?”
“Aku
sedar selama ni kau cukup admire dengan Aaron. Tapi, kau sedar kan Aaron cukup
sayangkan kekasih dia?”
“Aku
tahu. Jadi?”
“Jadi,
aku hairan – kenapa kau masih menyimpan perasaan pada Aaron.”
“Aku
bukan simpan perasaan pada dia. Aku cuma admire Aaron. Kagum dengan cara dia
menjaga hubungannya dengan Maria. Kagum dengan cara dia menyintai Maria. Kau
sedar kan, kadang-kadang dia bagaikan mahu satu dunia tahu hanya Maria dalam
hati dia. Dan Aaron sendiri, lelaki yang baik, punya wajah yang agak tampan,
susuk badan yang menarik, kerjaya yang stabil – bagai tak ada kurangnya Aaron
tu.” Aurora senyum manis terbayangkan Aaron. Kali ini hati Benjamin terasa
sakit melihat senyum itu. Dia dapat membaca hati dan fikiran Aurora saat itu.
Permainan
hati. Aurora tak mahu mengaku yang dia tidak menyimpan perasaan terhadap Aaron,
namun jauh di sudut hatinya, dia pernah berangan mahu menjadi kekasih Aaron
biarlah sehari sahaja asal dapat merasa bagaimana dicintai lelaki itu.
Benjamin
pula, takut mahu berterus-terang kepada Aurora yang selama ini dia menyimpan
perasaan perasaan terhadap gadis itu. Merasa dirinya tidak setanding Aaron dan
menunggu waktu Aurora melepaskan Aaron dari hatinya.
Jauh
Benjamin termenung dan tanpa sedar, Aurora mengabadikan gambar Benjamin dalam
memori DSLRnya.
******************************************************************************************************
“Aurora.
Kau sedar tak, selama ni sebenarnya kau semangat aku.”
“Huh?”
“Kau
tak pernah sedar.” Benjamin senyum sendiri di hujung talian telefon.
“Aku
dah penat Aurora. Aku dah penat menunggu kau.”
“Apa
kau cakap ni Benjamin.” Aurora mengerut keningnya. Berasa keliru dengan sikap
Benjamin.
“Aku
mahu nyanyikan satu lagu untuk kau. Dengar ya.” Benjamin yang sejak dari awal
memakai ‘headphone’ dan memegang gitarnya, menarik lembut nafasnya. Jari jemari
tangan kanannya digerakkan sehingga ibu jarinya, jari telunjuk serta jari
hantunya bersentuhan. Beberapa saat kemudian, tali gitarnya mula menghasilkan
musik diikuti melodi lembut.
Jangan
lagi kau sesali keputusanku
Ku
tak ingin kau semakin kan terluka
Tak
ingin ku paksakan cinta ini
Meski
tiada sanggup untuk kau terima
Aku
memang manusia paling berdosa
Khianati
rasa demi keinginan semu
Lebih
baik jangan mencintaiku aku dan semua hatiku
Karena
takkan pernah kau temui, cinta sejati
Berakhirlah
sudah semua kisah ini
Dan
jangan kau tangisi lagi
Sekalipun
aku takkan pernah mencoba kembali padamu
Sejuta
kata maaf terasa kan percuma
Sebab
rasa ku tlah mati untuk menyadarinya
Semoga
saja kan kau dapati
Hati
yg tulus mencintaimu
Tapi
bukan aku
Diam.
Selalunya
Aurora akan bertepuk tangan setiap kali Benjamin mendendangkan lagu serta
bermain gitar untuknya.
Namun
kali ini dia berasa kekok.
“Aurora.
Aku dah penat menunggu kau. Kau hidup dengan baik ya selepas ni. Jaga diri.”
Tuttttt…
Talian
terputus.
Aurora
kaku memegang telefon bimbitnya.
Selepas
4 tahun 60 hari.
Aurora
menatap gambar Benjamin pada kali terakhir mereka meluangkan masa bersama.
“Bodoh
betul kau Benjamin. Kenapa tak mahu katakan saja kau mencintai aku sebelum ini.
Hati aku ada saja untuk kau.”
9 comments:
hmm... saya suka cerpen ni... sangat menyedihkan... awak, awak ada bakat menulis cerita cinta.. saya suka sangat.. mohon ada lagi cerita macam ni.. tapi jangan terlalu panjang.. saya suka baca kisah cinta simple macam ni..tapi melekat dalam hati saya... dan... jujurnya, saya pernah menjadi seperti benjamin..
Thanks Boni.
Insya-Allah nanti saya akan byk menulis entri macam ni ya? :)
Thanks for reading.
Benjamin, jadi di mana Aurora sekarang? :)
ada bakat terpendam rupanya...hehe...good job...hehe...
Ni blh bt novel dan blh jual ni..hehe
♥ crescent,
Takdelah berbakat sangat.
Sekadar menulis apa yang terlintas di fikiran.
Thanks awak :)
♥ man,
Jauh benar mahu ke tahap buat novel dan jual ni :)
Thanks for reading Man :)
benjamin ni bebal tp comel hahaha
cerita cinta ini menarik. terbaik. dan ia melekat di hatiku.
♥ Asrul "iLham" Sany,
Benar dia bebal. Dan benar dia comel :)
Itu yang buatkan Aurora rindukan Benjamin sekarang :)
♥ محمد رازيق,
Terima kasih kerana sudi baca ya. :)
simple dan padat...
amar suka...nice...
memang terbaek...
macam minum indocafe hehehe..
(jangan minum nescafe,tengah boikot nie hehehe)
Post a Comment