Random Questions about Capoeira

Tuesday, December 11, 2012

When I was a kid...

"When I was a kid, I used to think I had superpowers."
 
Curi kain batik atau kain pelikat ayah. Ikat di kepala bagaikan Ninja. Dua biji mata terkebil-kebil mencabut lidi dari penyapu lidi mak.
Lagak bagaikan Samurai berlawan dengan abang serta kakak. Bersilih ganti lidi diganti setiap kali patah. Sehinggakan penyapu lidi yang tebal menjadi selim melim.
Akhirnya fantasi Ninja bertukar menjadi fantasi Tarzan bila mak menjerit suruh berhenti main dan berhenti habiskan lidi.
Masing-masing lari masuk kebilik. Tercungap-cungap bernafas sebelum duduk atas katil tergelak kecil bersama abang dan kakak.
 
Ish, nakal betul kau ni Gill.
 
"When I was a kid, I used to wake up early just to watch cartoons."
 
Bangun pagi, dengan rambut mengalahkan Pontianak tak mandi seminggu (Pontianak mandi ke?), muka sememeh dan mungkin ada sedikit air liur basi.
Duduk depan televisyen tengok Dragon Ball. Separuh mamai, tunduk tengok kaki sendiri. Lari masuk ke bilik menyarung kain batik yang terlucut semasa tidur.
Keluar balik, dengan mata lebih segar terkejut disebabkan kain batik tertinggal dalam bilik - buka televisyen. Emak bercakap pun langsung tak dengar gara-gara terlalu tekun dengar dialog Dragon Ball.
Iklan pertama terus lari basuh muka dan gosok gigi Iklan kedua, lari pergi ambil nasi lemak yang dah siap letak dalam pinggan, lengkap dengan ikan bilis, sambal dan telur separuh masak. Iklan kali ketiga, tambah nasi lemak. Iklan keempat lari ambil air teh panas. Habis Dragon Ball, capai tuala mandi, sebelum marathon tonton Slamdunk.

Ish! Buruknya perangai kau Gill.
 
When I was a kid, I used to sing “A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, ELEMENO, P.”
 
Korang pun sama kan? Kan? Kan?
Jangan nak tipuuuuu…
 
 
 
"When I was a kid I use to think the moon was following me."
 
Masa berumur 6 tahun.
Duduk dalam raga motor ayah. Mata terkebil-kebil tengok bulan.
Rasa takut pun ada sebab bulan asyik ikut je walaupun motor tu laju.
Ayah hentikan motor, bulan turut sama berhenti.
 
“Ayah, kenapa bulan tu ikut Bunga?”
 
“Sebab bulan nak tengok Bunga nakal ke tak. Sebab tu bulan kena selalu perhatikan Bunga.”
 
“Tapi Bunga tak nakal pun.”
 
“Ye ke Bunga tak nakal? Petang tadi apa Bunga buat masa mak dan ayah takde dekat rumah?”
 
Diam.
 
“Haa. Kenapa diam? Kalau Bunga tak bagitau, bulan bagitau ayah nanti.”
 
“Tapi waktu siang mana ada Bulan.”
 
Diam.
 
“Ada. Tapi Bunga tak nampak.”
 
“Tadi siang…”
 
Diam.
 
“Tadi siang… Bunga main askar-askar. Bunga panjat pokok rambutan. Lepas tu hujan, Bunga main hujan dekat longkang depan rumah. Bunga masuk paya tangkap udang galah.”
 
“Ayah tahu. Sebab bulan bagitau ayah.”
 
Keesokan harinya. Jam 1 petang. Bunga memandang jauh ke arah langit.
 
“Bulan, jangan bagitau ayah ye?”
 
Bunga berbisik perlahan sambil memandang ke arah langit sebelum tunduk ke bawah mencucuk  udang galah yang ditangkapnya bersama Asrul sebelum membakarnya.
 
Kenakalan Bunga kekal sehingga kini. Sehingga ke tua mungkin.
 
Xoxo,
Gill
 
 

5 comments:

ghost said...

Kuat lagi ingatan ko ek,banyak kisah yang kau masih leh proses dengan baik.aku, belum tentu sebagus ingatan ko..

boni kacak said...

hehehehe.. kenangan masa kecil2.. nakal jugak awak ye.. besar2 ni nakal lagi tak???? hahaha

4feet8 said...

haha..gill. dulu zaman cuti sekolah, salu gak bangun pagi2 tak mandi sbb nak tgk kartoon. zmn kartun sy dulu, care bear, pony ngan jem(yg group menari main gitar tu), ha..layanlah sampai matahari atas kepala. sbb dulu2 mak kerja hari sabtu sblm kerajaan buat sabtu cuti.. kehkehkeh..

Gillette Flores said...

♥ ghost writer,
Kenangan waktu aku kecil dulu aku selalu ingat.
Mungkin sebab memori tu terlalu manis mungkin.
Ada juga momen yang aku tak mampu ingat, waktu remaja aku :)

♥ boni kacak,
Sama aje nakalnya sekarang
Hehehe

♥ 4feet8,
Yeah! Kite boleh geng.
Hehehe.
Tapi nanti kalau anak-anak kita buat macam tu, mesti kita akan bebel kan? Hehehe

Anonymous said...

ninest123 16.01
oakley sunglasses, michael kors outlet online, burberry outlet, nike air max, longchamp outlet, michael kors outlet, christian louboutin, prada handbags, louis vuitton, nike free, louis vuitton outlet, louboutin uk, uggs on sale, michael kors handbags, uggs outlet, oakley sunglasses, michael kors outlet online, oakley sunglasses, tory burch outlet, louis vuitton outlet online, michael kors outlet online, uggs outlet, replica watches, ralph lauren outlet, longchamp outlet, michael kors, louboutin shoes, gucci handbags, cheap jordans, nike outlet, cheap oakley sunglasses, burberry factory outlet, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, uggs on sale, longchamp bags, ray ban sunglasses, tiffany jewelry, prada outlet, replica watches, louis vuitton handbags, ray ban sunglasses, ralph lauren polo, tiffany jewelry, christian louboutin, uggs on sale, oakley sunglasses, nike air max