"When
I was a kid, I used to think I had superpowers."
Curi
kain batik atau kain pelikat ayah. Ikat di kepala bagaikan Ninja. Dua biji mata
terkebil-kebil mencabut lidi dari penyapu lidi mak.
Lagak
bagaikan Samurai berlawan dengan abang serta kakak. Bersilih ganti lidi diganti
setiap kali patah. Sehinggakan penyapu lidi yang tebal menjadi selim melim.
Akhirnya
fantasi Ninja bertukar menjadi fantasi Tarzan bila mak menjerit suruh berhenti
main dan berhenti habiskan lidi.
Masing-masing
lari masuk kebilik. Tercungap-cungap bernafas sebelum duduk atas katil tergelak
kecil bersama abang dan kakak.
Ish,
nakal betul kau ni Gill.
"When
I was a kid, I used to wake up early just to watch cartoons."
Bangun
pagi, dengan rambut mengalahkan Pontianak tak mandi seminggu (Pontianak mandi
ke?), muka sememeh dan mungkin ada sedikit air liur basi.
Duduk
depan televisyen tengok Dragon Ball. Separuh mamai, tunduk tengok kaki sendiri. Lari
masuk ke bilik menyarung kain batik yang terlucut semasa tidur.
Keluar
balik, dengan mata lebih segar terkejut disebabkan kain batik tertinggal dalam bilik - buka televisyen. Emak bercakap pun langsung tak dengar gara-gara terlalu
tekun dengar dialog Dragon Ball.
Iklan
pertama terus lari basuh muka dan gosok gigi Iklan kedua, lari pergi ambil nasi
lemak yang dah siap letak dalam pinggan, lengkap dengan ikan bilis, sambal dan
telur separuh masak. Iklan kali ketiga, tambah nasi lemak. Iklan keempat lari
ambil air teh panas. Habis Dragon Ball, capai tuala mandi, sebelum marathon
tonton Slamdunk.
Ish! Buruknya perangai kau Gill.
Ish! Buruknya perangai kau Gill.
When
I was a kid, I used to sing “A, B, C, D, E, F, G, H, I, J, K, ELEMENO, P.”
Korang
pun sama kan? Kan? Kan?
Jangan
nak tipuuuuu…
"When
I was a kid I use to think the moon was following me."
Masa
berumur 6 tahun.
Duduk
dalam raga motor ayah. Mata terkebil-kebil tengok bulan.
Rasa
takut pun ada sebab bulan asyik ikut je walaupun motor tu laju.
Ayah
hentikan motor, bulan turut sama berhenti.
“Ayah,
kenapa bulan tu ikut Bunga?”
“Sebab
bulan nak tengok Bunga nakal ke tak. Sebab tu bulan kena selalu perhatikan
Bunga.”
“Tapi
Bunga tak nakal pun.”
“Ye
ke Bunga tak nakal? Petang tadi apa Bunga buat masa mak dan ayah takde dekat
rumah?”
Diam.
“Haa.
Kenapa diam? Kalau Bunga tak bagitau, bulan bagitau ayah nanti.”
“Tapi
waktu siang mana ada Bulan.”
Diam.
“Ada.
Tapi Bunga tak nampak.”
“Tadi
siang…”
Diam.
“Tadi
siang… Bunga main askar-askar. Bunga panjat pokok rambutan. Lepas tu hujan,
Bunga main hujan dekat longkang depan rumah. Bunga masuk paya tangkap udang
galah.”
“Ayah
tahu. Sebab bulan bagitau ayah.”
Keesokan
harinya. Jam 1 petang. Bunga memandang jauh ke arah langit.
“Bulan,
jangan bagitau ayah ye?”
Bunga
berbisik perlahan sambil memandang ke arah langit sebelum tunduk ke bawah
mencucuk udang galah yang ditangkapnya
bersama Asrul sebelum membakarnya.
Kenakalan
Bunga kekal sehingga kini. Sehingga ke tua mungkin.
Xoxo,
Gill
5 comments:
Kuat lagi ingatan ko ek,banyak kisah yang kau masih leh proses dengan baik.aku, belum tentu sebagus ingatan ko..
hehehehe.. kenangan masa kecil2.. nakal jugak awak ye.. besar2 ni nakal lagi tak???? hahaha
haha..gill. dulu zaman cuti sekolah, salu gak bangun pagi2 tak mandi sbb nak tgk kartoon. zmn kartun sy dulu, care bear, pony ngan jem(yg group menari main gitar tu), ha..layanlah sampai matahari atas kepala. sbb dulu2 mak kerja hari sabtu sblm kerajaan buat sabtu cuti.. kehkehkeh..
♥ ghost writer,
Kenangan waktu aku kecil dulu aku selalu ingat.
Mungkin sebab memori tu terlalu manis mungkin.
Ada juga momen yang aku tak mampu ingat, waktu remaja aku :)
♥ boni kacak,
Sama aje nakalnya sekarang
Hehehe
♥ 4feet8,
Yeah! Kite boleh geng.
Hehehe.
Tapi nanti kalau anak-anak kita buat macam tu, mesti kita akan bebel kan? Hehehe
ninest123 16.01
oakley sunglasses, michael kors outlet online, burberry outlet, nike air max, longchamp outlet, michael kors outlet, christian louboutin, prada handbags, louis vuitton, nike free, louis vuitton outlet, louboutin uk, uggs on sale, michael kors handbags, uggs outlet, oakley sunglasses, michael kors outlet online, oakley sunglasses, tory burch outlet, louis vuitton outlet online, michael kors outlet online, uggs outlet, replica watches, ralph lauren outlet, longchamp outlet, michael kors, louboutin shoes, gucci handbags, cheap jordans, nike outlet, cheap oakley sunglasses, burberry factory outlet, louis vuitton outlet, ray ban sunglasses, uggs on sale, longchamp bags, ray ban sunglasses, tiffany jewelry, prada outlet, replica watches, louis vuitton handbags, ray ban sunglasses, ralph lauren polo, tiffany jewelry, christian louboutin, uggs on sale, oakley sunglasses, nike air max
Post a Comment